Assalamualaikum....
Muar merupakan tempat makan yang menjadi kegemaran Mz terutamanye untuk sarapan. Semasa Mz kerja shift dulu balik dari kerja malam terus kami satu team gerak pergi ke Muar walaupun perjalanan dalam 1 jam juga. Dah ramai-ramai dalam kereta berborak je tak adalah mengantuk member yang memandu tu.
Kali ini Mz nak ceritakan tempat makan sedap yang Mz cuba untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Mz bermalam 1 malam ni Muar. Mz menginap di kontena hotel Muar iaitu PPT hotel.Tempat memang selesa dan harga pun berpatutan cuma kalau menginap di Kontena ni tak ada soundproof la klu orang berjalan atau kanak-kanak berlari dengar agak bising juga la. Keseluhan bilik selesa, bersih, toiletries semua lengkap. Hotel ni ada bahagian kontena dan hotel biasa, kedua2nye Mz dah cuba bagi Mz lebih selesa jenis hotel biasa๐ sebab takde bunyi bising.
Selepas makan kalau korang nak bergambar boleh menuju ke arah depan sedikit, view memang cantik untuk bergambar pemandangan hutan paya bakar cumanye Mz xsempat bergambar sebab kekenyangan dan cuaca juga agak panas terik masa tu ๐.
Selesai makan kami terus ke pekan Muar untuk checkin, berehat dan selepas maghrib kami makan malam di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Tempat makan dekat sini agak padat juga pada hujung minggu dan waktu kemuncak, jadi kami pilih saje kedai yang ada kekosongan tempat duduk iaitu gerai no 11. Gerai di bahagian depan no 1, 2,3 penuh dan ada yang beratur tunggu meja. Keseluhan masakan sedap pada tekak Mz cuma yang kurang siakap 3 rasa kurang ummphh.. sotong goreng tepung, udang butter, sotong sambalHarga pun agak berpatutan.
Selesai makan kami ke dataran muar untuk bersiar siar. Dataran muar waktu malam memang cantik dengan lmpu yang berwarna warni, kanak-kanak pun pasti gembira. Disini boleh sewa permainan kereta dan moto ekektrik serta bermain dengan buih/belon sabun. Setelah penah kami pulang ke hotel untuk berehat.
Harini ni seawal pagi kami dah keluar untuk mencari sarapan. Pilihan kami semestinya restoran maharani. Muar menang popular dengan satay nye pada waktu pagi, satay maharani memang menjadi pilihan walau dah banyak kali berkunjung kesini. Selain satay, mi rebus juga menu wajib kegemaran Mz. Menu lain korg boleh cuba roti bakar, roti telur goyang, nasi lemak, mi soto semuanye sedap la pada tekak Mz ๐. Kalau nak kesini korg kena bersabar sikit sebab memang agak ramai pelanggan. Kalau boleh datang awal.
Selesai sarapan kami pulang ke hotel untik berehat sementara menunggu waktu untuk checkout. Tengahari kami makan di asam pedas Pak Andak. Menu kat sini semestinye asam pedas dan ada juga kari ikan. Dua2 menu Mz dah cuba memang sedap. Bagi korg yang nak makan oyster segar boleh juga kesini. Harga pn murah, 1 pinggan rm36 ada 10 tiram.
Ini kali pertama sebenarnye Mz makan tiram mentah, sedap, tak hanyir dan cair di mulut. Selain tiram mentah ada juga tiram masak halia dan tiram bakar cuma masa Mz datang menu tiram bakar tiada.
Kalau korang nak bawa pulang tiram dan kupang mentah pun ada dijual disini. Harga bagi Mz memang murah dari tempat Mz
Sampai disini saja coretan Mz buat kali ini…
Adios…