Selasa, 21 Jun 2022

Tanjung Perapat, Semporna Sabah Hidden Gem Yang Wajib Dilawati

 Assalamualaikum….

Dalam entry kali ni Mz nak cerita mengenai tanjung perapat di semporna Sabah ni. Sebelom Mz masuk ke pulau2 di Semporna Mz dan suami tinggal semalam di Tanjung Perapat Water Chalet.


Chalet kami di hujung jambatan sana agak jauh juga la

Dari pekan Semporna ke tg Perapat ni mengambil masa dlm 30 minit. Jadi Mz sewa kereta utk ke sana. Dari entry2 lain yg Mz baca boleh saje kalau nak naik grab ke sana tapi Mz risau sebab keesokan harinya kami perlu bertolak awal pagi dari tg Perapat untuk ke islands hopping risau tak sempat atau takada grab pula nanti. 

Di tg Perapat ni Mz ada restoren yg sedap dan sefood nye pun segar. Tiba saje di tg Perapat kami terus lunch sbb dah pukul 2 dan perut pn dh bekeroncong ๐Ÿ˜‚. Menu yg kami order sup ketam jagung(order menu ni sbb rmai yang datang semporna suruh try menu ni) sambal sotong dan sotong goreng tepung, kailan ikan masin. Semua ni kos rm60++. Murah la pd Mz. Sup ketam dan sotong goreng tepung mmg puas la makan portion besar, memang tak habis kami bungkus bawa masuk bilik.

Nasi putih, sambal sotong & telur dadar
Sotong goreng tepung
Sup ketam

Perut dah kenyang kami terus checkin. Reception resort ni menarik pulak. Sempat Mz ambil video dari atas reception ni. Kat sini Mz ambil pakej Rm330 untuk bilik standard ada 1 katil queen dan termasuk minum petang, makan malam dan sarapan pagi untuk 2 org 2 hari 1 mlm. Bagi Mz berbaloi juga harga ni sbb ada promosi.


Katil queen dan angsa ๐Ÿ˜‚

Tv njoi, kitter,mineral water,kopi,hair dryer,iron

Balkoni bilik

Lepas check in kami rehat2 dulu sebab plan petang sikit pukul 4 kami nak hiking di bukit Perapat. Mz baca review2 rmai kata view memang superB jadi mmg wajib la Mz pegi. Untuk bilik bagi Mz cukup selesa dan bersih cukup semua keperluan asas.

Sebelum hiking kami minum petang dulu, menu goreng pisang tp view memang superB. Gambar kt bawah ni adalah tempat makan utk customer resort. Kira tengah laut juga la.


Minum petang


Untuk mendaki bukit perapat ni pengunjung dikenakan cas Rm3 seorg. Sebelum mendaki korang kena daftar nama dan bayar fee dulu kat bawah. Untuk smpai ke punca dalam 40 minit ikut kelajuaan masing2 tapi Mz 1 jam juga sebab pancit ๐Ÿ˜‚. Ketinggian kalau xsilap Mz 400 meter.




Pemandangan dari atas bukit perapat

Kat atas ni view memang cantik kira puas la hati penat mendaki. Tapi Mz separuh je ni sebab tak larat dah nak ke puncak lagipun masa singkat sebab takut nanti nak turun dah gelap n maghrib. Waktu di sabah kn cepat pukul 6 dah gelap. Lepas berehat dan puas ambil gambar kami pun turun.

Banyak tempat spot menarik nak bergambar kat atas bukit ni antaranye

Liku-liku untuk mendaki ke puncak, ingat bukit biasa tu yang Mz tak tukar ke baju sukan rupanye mencabar juga๐Ÿ˜‚

Santai nampak jgn smpai terlelap plk jenuh

Sementara nak tunggu maghrib dan dinner kami berehat di balconi bilik menikmati keindahan alam gitu ๐Ÿคฃ. Sangat mendamaikan. 

Santai di balkoni bilik

Malam kami dinner di tempat yang sama meniti jambatan dari bilik kami dalam 150 meter rasanye. Makan malam dibawah sinaran bulan purnama, hihihi. Menu makan malam bagi Mz menarik dan sedap la pada tekak kami suami isteri. Selepas makan sambung lagi bergambar๐Ÿ˜…



Resort ni juga ada menyediakan pakej untuk ke pulau2 dan islands hopping kalau korang berminat. Mz dah booking kat tempat lain dlu.

Lepas selesai bergambar kami pulang ke bilik berehat awal utk persediaan aktiviti esok pula.



Seawal pukul 7 pagi kami dah bersiap untuk bersarapan dan checkout. Menu sarapan nasi lemak. Rasa nasi lemak bagi Mz averaged.

Selepas sarapan kami tunggu di bilik dulu sebab hujan lebat dan payung pun tiada kerana dari resort nak jalan ke parking kereta agak jauh juga dalam 250meter kot.

Sekian catatan Mz. Keseluruhannya Mz amat berpuas hati dekat sini. Pemandangan menarik, makanan sedap dan staff pun baik. Recommended