Selasa, 9 Mac 2021

Tempat makan Sedap di Terengganu

 Assalamualaikum......

Terengganu boleh dikatakan memang banyak tempat menarik bagi Mz la yang kaki makan ni. Trip ke terengganu ni memang untuk Santai-santai dan cari makan je. 

Dah sampai terengganu menu wajib mestilah nasi dagang dan nasi kerabu. Sarapan ni memang menu wajib rugi tak cuba. Kami juga singgah di gerai kuih berdekatan dengan homestay kami di pantai Talipot. Memang banyak jenis kuih muih kebanyakannye Mz tak kenal pun kuihnye hihihihi. 


Takoyaki pulau kambing juga antara menu yang wajib korang cuba. Udang, sotong, ayam, daging memang yang fresh fresh punye. Sedap sangat. Gerai ni tepi jalan saje bertentangan dengan shell. 




Kedai makan Belogoangin, terletak di padang kamunting tempat makan tengahari yang amat menarik. Tempat makan ni terletak di tepi sawah kira pemandangannye agak menarik juga. Kami datang 3 buah kereta jadi dah siap-siap booking meja dulu sebab kebiasaannye tempat duduk penuh. Menu telur sotong goreng antara yang menarik dan wajib cuba bagi korang yang nakkan kelainan. Keseluruhannye bagi Mz makanan kat sini sedap, paling Mz suka Pais Patin Tempoyak, tak cukup sampai kena order lagi.


antara menu yang kami pilih, ayam bakar percik,ikan keli belado, pais patin tempoyak, talapia bakar, telor sotong goreng, masak lemak labu, ulam

Makan malam kami makan di Norsiah Tomyam, Gong Badak. Kedai ni berdekatan je dengan homestay kami. Menu yang patut juga miang kap dan kerabu dieorang sedap. 


Daging harimau menangis


kerabu ayam dan kerang

ABC

Minum Petang kami makan di  Warung ICT Adik beradik kat pantai mengabang Talipot. Warung ni berdekatan je dengan warung ICT viral poknong tu. Kat tempat viral ramai sangat orang jadi kami makan disini je, rasa pun boleh tahan sedap juga hargan standard bagi makanan laut.



Sarapan yang wajib korang cuba kat Adil's Roti. Tempat makan ni bagi Mz memang ray sebab kedai makan ni bawah flyover. Jadi korang boleh dengar bunyi kereta lalu kt atas highway tu. Walaupun nama kedai roti tapi ada menu nasi minyak, nasi lemak dan lain-lain. Tapi menu roti die memang pelbagai dan menarik minat Mz la. Dari roti canai yang simple hingga ke roti dinasor yang lain dari yang lain. Sebenarnye roti dinasor ni base die dari roti canai juga tapi ada tambahan kat side die tu.

Mz cuma sempat makan nasi minyak, roti dinasor, dan roti goyang. Tapi bukan Mz makan sorang kongsi dengan suami. hihihi..Ada pelbagai lagi roti yang ada seperti roti totilla, roti kebab , roti milo dan banyak lagi. Semua sedap-sedap sebab Mz rasa dari pinggan kakak dan anak buah Mz.

Roti dinasor ni korang wajib cuba memang sedap

Bermacam warna air semua sedap nama dah lupa sedap unit sangat

Roti telur goyang ni pun sedap, hujung tepi nampak sikit tu nasi minyak pun sedap tak sempat ambil gambar dah kena ngap. 

Sampai disini saje catatan Mz untuk kali ni. Korang yang ada tempat makan menarik lagi di Terengganu