Selasa, 2 Februari 2021

Aleeya Homestay Terengganu

 Assalamualaikum....

Pada bulan 12 haritu kami berpeluang bercuti sekali lagi di Terengganu. Ini kali kedua kami sampai dan kali kedua juga kami menginap di Homestay Aleeya. Homestay ni menjadi pilihan kerana homestay yang besar dimana terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air.

Bergambar di ruang tamu homestay 

Kesemua bilik tidur di Homestay ni ada katil queen. Pada 2019 kami pergi harga Rm140 semalam dimana hanya 2 bilik dan ruang tamu mempunyai aircond tetapi pada 2020 harga semalam Rm180 dimana 3 bilik mempunyai aircon serta ruang tamu. Bagi Mz harga amat berpatutan kerana homestay ni sangat besar dan amat bersih sekali.

Gambar dari fb aleeya homestay sebab Mz tak sempat ambil gambar masa kat homestay 

Ruang tamu homestay sangat luas dan parking boleh memuatkan 3 biji kereta. Selain itu terdapat juga padang kecil di bahagian tepi rumah dimana boleh buat sukaneka kalau ada buat hari keluarga.

Homestay terletak berdekatan saje dengan pantai Talipot dimana terletak warung celup tepung yang viral iaitu Warung Pok Nong. Pemandangan tepi pantai menarik dan boleh la bergambar dengan buaian yang ramai ambil gambar tu. Hihihihi....

Celup tepung di pantai Mengabang Talipot hanya 3 minit dari homestay 

Kelengkapan di Homestay ni juga semua cukup, tempat masak, mesin basuh, iron, tv, ampaian baju semua lengkap. Pemilik pun menberikan perkhidmatan yang amat baik, sangat recommended memang akan kembali lagi untuk kali ketiga kalau datang terengganu ni.   Korang boleh lawati Facebook Aleeya Homestay  juga. 


Jarak dari homestay ke pasar payang dalam 20 minit, bagi Mz masih boleh diterima jaraknye tak jauh sangat. Banyak juga makanan yang best kat Terengganu akan Mz kongsi pada entry seterusya ye. Sekian saje coretan Mz. 

Adios........