Selasa, 21 Jun 2022

Tanjung Perapat, Semporna Sabah Hidden Gem Yang Wajib Dilawati

 Assalamualaikum….

Dalam entry kali ni Mz nak cerita mengenai tanjung perapat di semporna Sabah ni. Sebelom Mz masuk ke pulau2 di Semporna Mz dan suami tinggal semalam di Tanjung Perapat Water Chalet.


Chalet kami di hujung jambatan sana agak jauh juga la

Dari pekan Semporna ke tg Perapat ni mengambil masa dlm 30 minit. Jadi Mz sewa kereta utk ke sana. Dari entry2 lain yg Mz baca boleh saje kalau nak naik grab ke sana tapi Mz risau sebab keesokan harinya kami perlu bertolak awal pagi dari tg Perapat untuk ke islands hopping risau tak sempat atau takada grab pula nanti. 

Di tg Perapat ni Mz ada restoren yg sedap dan sefood nye pun segar. Tiba saje di tg Perapat kami terus lunch sbb dah pukul 2 dan perut pn dh bekeroncong ๐Ÿ˜‚. Menu yg kami order sup ketam jagung(order menu ni sbb rmai yang datang semporna suruh try menu ni) sambal sotong dan sotong goreng tepung, kailan ikan masin. Semua ni kos rm60++. Murah la pd Mz. Sup ketam dan sotong goreng tepung mmg puas la makan portion besar, memang tak habis kami bungkus bawa masuk bilik.

Nasi putih, sambal sotong & telur dadar
Sotong goreng tepung
Sup ketam

Perut dah kenyang kami terus checkin. Reception resort ni menarik pulak. Sempat Mz ambil video dari atas reception ni. Kat sini Mz ambil pakej Rm330 untuk bilik standard ada 1 katil queen dan termasuk minum petang, makan malam dan sarapan pagi untuk 2 org 2 hari 1 mlm. Bagi Mz berbaloi juga harga ni sbb ada promosi.


Katil queen dan angsa ๐Ÿ˜‚

Tv njoi, kitter,mineral water,kopi,hair dryer,iron

Balkoni bilik

Lepas check in kami rehat2 dulu sebab plan petang sikit pukul 4 kami nak hiking di bukit Perapat. Mz baca review2 rmai kata view memang superB jadi mmg wajib la Mz pegi. Untuk bilik bagi Mz cukup selesa dan bersih cukup semua keperluan asas.

Sebelum hiking kami minum petang dulu, menu goreng pisang tp view memang superB. Gambar kt bawah ni adalah tempat makan utk customer resort. Kira tengah laut juga la.


Minum petang


Untuk mendaki bukit perapat ni pengunjung dikenakan cas Rm3 seorg. Sebelum mendaki korang kena daftar nama dan bayar fee dulu kat bawah. Untuk smpai ke punca dalam 40 minit ikut kelajuaan masing2 tapi Mz 1 jam juga sebab pancit ๐Ÿ˜‚. Ketinggian kalau xsilap Mz 400 meter.




Pemandangan dari atas bukit perapat

Kat atas ni view memang cantik kira puas la hati penat mendaki. Tapi Mz separuh je ni sebab tak larat dah nak ke puncak lagipun masa singkat sebab takut nanti nak turun dah gelap n maghrib. Waktu di sabah kn cepat pukul 6 dah gelap. Lepas berehat dan puas ambil gambar kami pun turun.

Banyak tempat spot menarik nak bergambar kat atas bukit ni antaranye

Liku-liku untuk mendaki ke puncak, ingat bukit biasa tu yang Mz tak tukar ke baju sukan rupanye mencabar juga๐Ÿ˜‚

Santai nampak jgn smpai terlelap plk jenuh

Sementara nak tunggu maghrib dan dinner kami berehat di balconi bilik menikmati keindahan alam gitu ๐Ÿคฃ. Sangat mendamaikan. 

Santai di balkoni bilik

Malam kami dinner di tempat yang sama meniti jambatan dari bilik kami dalam 150 meter rasanye. Makan malam dibawah sinaran bulan purnama, hihihi. Menu makan malam bagi Mz menarik dan sedap la pada tekak kami suami isteri. Selepas makan sambung lagi bergambar๐Ÿ˜…



Resort ni juga ada menyediakan pakej untuk ke pulau2 dan islands hopping kalau korang berminat. Mz dah booking kat tempat lain dlu.

Lepas selesai bergambar kami pulang ke bilik berehat awal utk persediaan aktiviti esok pula.



Seawal pukul 7 pagi kami dah bersiap untuk bersarapan dan checkout. Menu sarapan nasi lemak. Rasa nasi lemak bagi Mz averaged.

Selepas sarapan kami tunggu di bilik dulu sebab hujan lebat dan payung pun tiada kerana dari resort nak jalan ke parking kereta agak jauh juga dalam 250meter kot.

Sekian catatan Mz. Keseluruhannya Mz amat berpuas hati dekat sini. Pemandangan menarik, makanan sedap dan staff pun baik. Recommended 

Isnin, 6 Disember 2021

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

 Assalamualaikum..... 

Harini Mz nak cerita sikit tentang produk terbaharu keluaran safi. Seiring dengan peningkatan usia kulit makin kurang keanjalan dan dagu berlapis. Safi memperkenalkan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum yang terdiri daripada:

✅Lifting Golden C Duo Serum

✅Lifting 24K Serum Cleanser.


Rangkaian baharu artipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold. Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum berfunsi menganjal dan mengurangkan dagu berlapis unlock untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus.



Fungsi :

1.Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis apis dan kulit kendur


2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit 


3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus


4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-LIN, kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. 


5. Formula tidak meleket/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit


6. Diperkaya dengan Dua Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Demers Pembaharuan keremajaan kulit:


-Menegangkan kulit

-Meningkatkan keanjalan

-Mengurangkan garis halus & kedutan

-Meningkatkan kelembapan kulit

-Melindungi kulit dan pengoksidaan

-Meningkatkan kehausan kulit

-Memperbaki kulit rosak


Mz memang suka sangat la dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni, wangi sangat dan cepat meresap. Bila cepat meresap dan tak melekit ni memang cepat la Mz nak bersiap.

Korang wajib cuba taw, pasti tak menyesal pnye la. Harga berpatutan-hanya RM59.00, boleh didapati di semua Cawangan farmasi Wansons, Guardian, Apon Welness dan Caring cawangan serta laman e-dagang raams Wipro Unza di Shopee & Lazada



Selasa, 9 Mac 2021

Tempat makan Sedap di Terengganu

 Assalamualaikum......

Terengganu boleh dikatakan memang banyak tempat menarik bagi Mz la yang kaki makan ni. Trip ke terengganu ni memang untuk Santai-santai dan cari makan je. 

Dah sampai terengganu menu wajib mestilah nasi dagang dan nasi kerabu. Sarapan ni memang menu wajib rugi tak cuba. Kami juga singgah di gerai kuih berdekatan dengan homestay kami di pantai Talipot. Memang banyak jenis kuih muih kebanyakannye Mz tak kenal pun kuihnye hihihihi. 


Takoyaki pulau kambing juga antara menu yang wajib korang cuba. Udang, sotong, ayam, daging memang yang fresh fresh punye. Sedap sangat. Gerai ni tepi jalan saje bertentangan dengan shell. 




Kedai makan Belogoangin, terletak di padang kamunting tempat makan tengahari yang amat menarik. Tempat makan ni terletak di tepi sawah kira pemandangannye agak menarik juga. Kami datang 3 buah kereta jadi dah siap-siap booking meja dulu sebab kebiasaannye tempat duduk penuh. Menu telur sotong goreng antara yang menarik dan wajib cuba bagi korang yang nakkan kelainan. Keseluruhannye bagi Mz makanan kat sini sedap, paling Mz suka Pais Patin Tempoyak, tak cukup sampai kena order lagi.


antara menu yang kami pilih, ayam bakar percik,ikan keli belado, pais patin tempoyak, talapia bakar, telor sotong goreng, masak lemak labu, ulam

Makan malam kami makan di Norsiah Tomyam, Gong Badak. Kedai ni berdekatan je dengan homestay kami. Menu yang patut juga miang kap dan kerabu dieorang sedap. 


Daging harimau menangis


kerabu ayam dan kerang

ABC

Minum Petang kami makan di  Warung ICT Adik beradik kat pantai mengabang Talipot. Warung ni berdekatan je dengan warung ICT viral poknong tu. Kat tempat viral ramai sangat orang jadi kami makan disini je, rasa pun boleh tahan sedap juga hargan standard bagi makanan laut.



Sarapan yang wajib korang cuba kat Adil's Roti. Tempat makan ni bagi Mz memang ray sebab kedai makan ni bawah flyover. Jadi korang boleh dengar bunyi kereta lalu kt atas highway tu. Walaupun nama kedai roti tapi ada menu nasi minyak, nasi lemak dan lain-lain. Tapi menu roti die memang pelbagai dan menarik minat Mz la. Dari roti canai yang simple hingga ke roti dinasor yang lain dari yang lain. Sebenarnye roti dinasor ni base die dari roti canai juga tapi ada tambahan kat side die tu.

Mz cuma sempat makan nasi minyak, roti dinasor, dan roti goyang. Tapi bukan Mz makan sorang kongsi dengan suami. hihihi..Ada pelbagai lagi roti yang ada seperti roti totilla, roti kebab , roti milo dan banyak lagi. Semua sedap-sedap sebab Mz rasa dari pinggan kakak dan anak buah Mz.

Roti dinasor ni korang wajib cuba memang sedap

Bermacam warna air semua sedap nama dah lupa sedap unit sangat

Roti telur goyang ni pun sedap, hujung tepi nampak sikit tu nasi minyak pun sedap tak sempat ambil gambar dah kena ngap. 

Sampai disini saje catatan Mz untuk kali ni. Korang yang ada tempat makan menarik lagi di Terengganu 

Selasa, 2 Februari 2021

Aleeya Homestay Terengganu

 Assalamualaikum....

Pada bulan 12 haritu kami berpeluang bercuti sekali lagi di Terengganu. Ini kali kedua kami sampai dan kali kedua juga kami menginap di Homestay Aleeya. Homestay ni menjadi pilihan kerana homestay yang besar dimana terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air.

Bergambar di ruang tamu homestay 

Kesemua bilik tidur di Homestay ni ada katil queen. Pada 2019 kami pergi harga Rm140 semalam dimana hanya 2 bilik dan ruang tamu mempunyai aircond tetapi pada 2020 harga semalam Rm180 dimana 3 bilik mempunyai aircon serta ruang tamu. Bagi Mz harga amat berpatutan kerana homestay ni sangat besar dan amat bersih sekali.

Gambar dari fb aleeya homestay sebab Mz tak sempat ambil gambar masa kat homestay 

Ruang tamu homestay sangat luas dan parking boleh memuatkan 3 biji kereta. Selain itu terdapat juga padang kecil di bahagian tepi rumah dimana boleh buat sukaneka kalau ada buat hari keluarga.

Homestay terletak berdekatan saje dengan pantai Talipot dimana terletak warung celup tepung yang viral iaitu Warung Pok Nong. Pemandangan tepi pantai menarik dan boleh la bergambar dengan buaian yang ramai ambil gambar tu. Hihihihi....

Celup tepung di pantai Mengabang Talipot hanya 3 minit dari homestay 

Kelengkapan di Homestay ni juga semua cukup, tempat masak, mesin basuh, iron, tv, ampaian baju semua lengkap. Pemilik pun menberikan perkhidmatan yang amat baik, sangat recommended memang akan kembali lagi untuk kali ketiga kalau datang terengganu ni.   Korang boleh lawati Facebook Aleeya Homestay  juga. 


Jarak dari homestay ke pasar payang dalam 20 minit, bagi Mz masih boleh diterima jaraknye tak jauh sangat. Banyak juga makanan yang best kat Terengganu akan Mz kongsi pada entry seterusya ye. Sekian saje coretan Mz. 

Adios........ 


Rabu, 13 Januari 2021

Percutian Dalam Negeri di Homestay Kontena Bukit Katil, Melaka

 Assalamualaikum.......

Entry kali ni Mz nak cerita pasal percutian singkat di Homestay Kontena Melaka. Disebabkan PKPB haritu kiter boleh jalan-jalan dalam negeri saje jadi kami ke sini sebab kakak2 Mz nak bawa anak2 die orang mandi manda kolam setelah sekian lama bertapa dirumah. Kami pergi masa bulan 10 haritu, sekarang dah bulan 1 baru berkesempatan nak tulis sebab tengah PKP. Jadi korang boleh baca dulu InnshaAllah nanti keadaan dah kembali stabil kiter akan dapat keluar. Tapi kalau Mz memang suka baca tempat-tempat yang bloger lain pergi rasa seronok, walaupun tak dapat pergi tetap rasa happy baca pengalaman mereka. 


Homestay ni ada 2 jenis bilik. Bilik kontena ada 1 katil Queen harga Rm160, Bilik studio ada 2 katil Queen harga Rm230. Kami ambil bilik studio sebab kami ramai. Bilik studio ni memang sangat luas, ada 2 bilik air, microwave, dapur kecil dgn disediakan juga peti ais. Banyak juga peralatan dalam bilik ni.

Kolam renang berhadapan bilik kami saje. Boleh mandi 24 jam kalau tahan. Anak2 buah Mz memang tahan sampai malam die orang mandi, kira tak rugi la.. Hihihih.. Disini juga ada disediakan basikal untuk disewa. Harga Rm10 untuk tempoh 24 jam.




Selepas checkin petangnya kami minum petang di Pantai Siring sebab kakak2 Mz belum pernah sampai lagi disini. Ksmi makan di kedai celup tepung. Harga makanan agak mahal juga bagi Mz. Mungkin sebab char kuey teow die special agaknye sebab ada udang besar 3 ekor tapi kami hanya order char kuey teow biasa mungkin tersalah agaknye tapi sekali sekala nak cuba takpe la rasanya.




Selepas minum petang kami balik semula ke homestay dan anak-anak buah Mz pun sambung balik mandi kolam. Tapi memang motif duduk dekat homestay ni untuk santai-santai dan biarkan mereka mandi kolam je pun. Kolam pun agak besar memang puas hati untuk bermandi mandi, ada gelonsor juga. Kolam kanak2 ada di bahagian belakang kontena


Kolam untuk kanak-kanak

Dinding dekat homestay ni dilukis dengan mural yang menarik 


Homestay ni pun agak cantik bagi korang yang suka berOotd ye macam Mz. Kalau rajin boleh naik sampai ke roof top kontena untuk santai dan ambil gambar.

Bagi korang yang nak datang Melaka boleh la cuba menginap disini ye. Sampai disini saje untuk entry kali ni.. 

Adios......