Rabu, 9 September 2020

MENEROKA KEINDAHAN GUA TEMPURUNG

 ASSALAMUALAIKUM WBT...

Gua tempurung ni terletak di Perak. Bagi mereka yang dari selatan macam Mz kami exit tol Gopeng. Trip untuk teroka gua tempurung ni sebenarnya selingan je sebab alang-alang kami berjumpa sebab bukan senang nak bersama buat aktiviti ni maklum la kawan-kawan Mz ni mak mak orang. Adik kawan Mz yang cadangkan aktiviti ni, sebab adik die memang pengemar aktiviti-aktiviti lasak ni.



Sebelum datang kawan Mz dah risik-risik dulu pasal tour gua tempurung ni. Ingat nak booking dulu sebab kami nak full pakej "wet & dry" tapi pihak pengurusan gua tempurung bagitahu tak perlu booking cuma perlu "walk in" je. Mereka beritahu perlu ada lebih dari 10 orang baru pakej ni boleh dijalankan. Kami cuma bertiga jadi kena join dengan orang lain la.




Kami sampai di Gua tempurung lebih kurang pukul 10 pagi. Kami terus ke kaunter untuk dapatkan tiket. Staf dekat kaunter ni bagi tahu belum ada lagi yang nak join full tour ni jadi kami perlu tunggu sampai ada pelanggan yang lain. Masa kami pegi hari Ahad 12/7/20 disebabkan hari ahad peluang untuk ramai orang datang ni tinggi la. Harga untuk full tour ni hanya RM30 memang berbaloi dan murah la dengan ape yang die orang tawarkan. Sebelum datang elok korang telefon dulu pihak pengurusan jadi nanti die orang akan bagi tahu keperluan masa nak masuk gua tempurung ni. Jadi kami dah siap-siap bawa "headlamp" sendiri tp kalau tak bawa korang boleh sewa je dengan harga rm6. Bagi korang yang nak bawa bag kena bawa yang kalis air, air minuman pun boleh bawa sendiri, seeloknya pakai kasut yang sesuai, kasut getah tu lagi bagus. Pakaian pun kena sesuai macam ada sorang dalam group kami ni dia pakai seluar pendek jadinya banyak luka kulit die sebab kita banyak merangkak, menggelongsor, memanjat. Jadi seeloknya pakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Jam pun masa tu Mz buka sebab habis bercalar tali jam kena batu. Kalau korang ada glove untuk climbing pun boleh bawa sangat membantu.


Lepas kami dah pegi tanya kat kaunter tu kami bertiga isi masa terluang bergambar la ape lagi. hihihi.. Dah puas bergambar kami minum teh tarik dulu kat foodcourt dalam kawasan gua tempurung ni.Tengah-tengah minum ni staf die orang panggil bagi tahu dah cukup orang. Ada sekumpulan budak student dari UM die orang dalam 9 org. Alhamdulillah jadi cukup la ahli untuk start tour ni. Rezeki kami tak tunggu lama pun.

Sebelum start tour ni kami diberi taklimat dulu untuk membantu kelancaran tour ni. Lepas tu siap-siap pakai helmet dan "headlamp" pastikan berfungsi dengan baik. Ada sorang Ranger Gua yang akan guide kiter sepanjang tour ni. En Tajul ni ranger kiter orang memang berpengalaman banyak la dengan gua ni. Die banyak terangkan pasal gua, batu-batu, air pun ada tempat yang kiter boleh terus minum macam air mineral la. Sedap betul air minural die sejuk je tak payah masuk peti ais dah memang sejuk dah.


Pengalaman meneroka gua ni memang tak dijangka, perasan takut tu memang adalah sebab kami diberitahu oleh ranger gua ada ular tedung dan labah-labah besar tu, Mz pun lupa dah nama labah-labah tu. Yang penting korang ikut je arahan ranger dan jangan buat pandai-pandai dan sentiasa jaga kelakuan dan percakapan.

















Tour ni ambil masa dekat 4 jam juga, so far bagi kami yang suka aktiviti lasak ni memang fun habis la. Baju penuh lumpuh kasut pun penuh pasir guys. Air gua ni sejuk die lain tak macam air terjun. 

Kite orang habis ni pun dekat pukul 2 juga terus pegi makan dekat foodcourt yang kiter orang minum pagi tadi. Sedap juga makanan die. Kawan Mz sampai teringat- ingat mi hailam die. Macam biasa bila dah lapar sangat lupa nak ambil gambar. Hihihi..

Itu saje dapat Mz kongsi untuk entry kali ni, stay tune untuk entry seterusnye ye... Adios.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan