Rabu, 9 September 2020

MENEROKA KEINDAHAN GUA TEMPURUNG

 ASSALAMUALAIKUM WBT...

Gua tempurung ni terletak di Perak. Bagi mereka yang dari selatan macam Mz kami exit tol Gopeng. Trip untuk teroka gua tempurung ni sebenarnya selingan je sebab alang-alang kami berjumpa sebab bukan senang nak bersama buat aktiviti ni maklum la kawan-kawan Mz ni mak mak orang. Adik kawan Mz yang cadangkan aktiviti ni, sebab adik die memang pengemar aktiviti-aktiviti lasak ni.



Sebelum datang kawan Mz dah risik-risik dulu pasal tour gua tempurung ni. Ingat nak booking dulu sebab kami nak full pakej "wet & dry" tapi pihak pengurusan gua tempurung bagitahu tak perlu booking cuma perlu "walk in" je. Mereka beritahu perlu ada lebih dari 10 orang baru pakej ni boleh dijalankan. Kami cuma bertiga jadi kena join dengan orang lain la.




Kami sampai di Gua tempurung lebih kurang pukul 10 pagi. Kami terus ke kaunter untuk dapatkan tiket. Staf dekat kaunter ni bagi tahu belum ada lagi yang nak join full tour ni jadi kami perlu tunggu sampai ada pelanggan yang lain. Masa kami pegi hari Ahad 12/7/20 disebabkan hari ahad peluang untuk ramai orang datang ni tinggi la. Harga untuk full tour ni hanya RM30 memang berbaloi dan murah la dengan ape yang die orang tawarkan. Sebelum datang elok korang telefon dulu pihak pengurusan jadi nanti die orang akan bagi tahu keperluan masa nak masuk gua tempurung ni. Jadi kami dah siap-siap bawa "headlamp" sendiri tp kalau tak bawa korang boleh sewa je dengan harga rm6. Bagi korang yang nak bawa bag kena bawa yang kalis air, air minuman pun boleh bawa sendiri, seeloknya pakai kasut yang sesuai, kasut getah tu lagi bagus. Pakaian pun kena sesuai macam ada sorang dalam group kami ni dia pakai seluar pendek jadinya banyak luka kulit die sebab kita banyak merangkak, menggelongsor, memanjat. Jadi seeloknya pakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Jam pun masa tu Mz buka sebab habis bercalar tali jam kena batu. Kalau korang ada glove untuk climbing pun boleh bawa sangat membantu.


Lepas kami dah pegi tanya kat kaunter tu kami bertiga isi masa terluang bergambar la ape lagi. hihihi.. Dah puas bergambar kami minum teh tarik dulu kat foodcourt dalam kawasan gua tempurung ni.Tengah-tengah minum ni staf die orang panggil bagi tahu dah cukup orang. Ada sekumpulan budak student dari UM die orang dalam 9 org. Alhamdulillah jadi cukup la ahli untuk start tour ni. Rezeki kami tak tunggu lama pun.

Sebelum start tour ni kami diberi taklimat dulu untuk membantu kelancaran tour ni. Lepas tu siap-siap pakai helmet dan "headlamp" pastikan berfungsi dengan baik. Ada sorang Ranger Gua yang akan guide kiter sepanjang tour ni. En Tajul ni ranger kiter orang memang berpengalaman banyak la dengan gua ni. Die banyak terangkan pasal gua, batu-batu, air pun ada tempat yang kiter boleh terus minum macam air mineral la. Sedap betul air minural die sejuk je tak payah masuk peti ais dah memang sejuk dah.


Pengalaman meneroka gua ni memang tak dijangka, perasan takut tu memang adalah sebab kami diberitahu oleh ranger gua ada ular tedung dan labah-labah besar tu, Mz pun lupa dah nama labah-labah tu. Yang penting korang ikut je arahan ranger dan jangan buat pandai-pandai dan sentiasa jaga kelakuan dan percakapan.

















Tour ni ambil masa dekat 4 jam juga, so far bagi kami yang suka aktiviti lasak ni memang fun habis la. Baju penuh lumpuh kasut pun penuh pasir guys. Air gua ni sejuk die lain tak macam air terjun. 

Kite orang habis ni pun dekat pukul 2 juga terus pegi makan dekat foodcourt yang kiter orang minum pagi tadi. Sedap juga makanan die. Kawan Mz sampai teringat- ingat mi hailam die. Macam biasa bila dah lapar sangat lupa nak ambil gambar. Hihihi..

Itu saje dapat Mz kongsi untuk entry kali ni, stay tune untuk entry seterusnye ye... Adios.. 

Selasa, 8 September 2020

Water rafling kuala kubu baru

Assalamualaikum wbt

White water rafling adalah salah satu sukan lasak yang ada kat malaysia ni. Sebenarnye Mz tak pernah terfikir pun nak buat aktiviti ni memandangkan diri ini yang tak pandai berenang. Hihihi... Kali pertama kawan ajak Mz tak pergi sebab masa tu agak takut juga. Tapi kali kedua ni kawan yang lain pulak ajak Mz pergi sebab macam tertanya-tanya juga ape yang best sangat white water rafling ni sampai ramai yang ajak kan (walaupun baru 2 kali)

Untuk water rafling ni korang kena booking dulu dengan mana organizer , jadi dieorang ni yang akan guide korang sepanjang aktiviti ni. Untuk ni kawan Mz yang survey dan akhirnya kami  pilih projectoutdoor untuk buat aktiviti ni. Korang boleh checkout kt Intagram die orang. Disebabkan lepas PKP kami pegi jadi ada harga promosi RM160/person, harga biasa RM180, tp kalau korang pegi ramai harga akan lagi murah dari RM180 tu. Macam Mz pegi bertiga je.

Jadinya kami pegi pada 13 julai 2020 awal pagi kami dan tunggu organizer kat tol tanjung malim. Hari sebelomnya tu kami dah sampai kat Kuala Kubu Baru (KKB) memandangkan takut terlewat sebab nak ada awal pagi. Kawan Mz dari JB ambil Mz dekat Melaka lepas tu ambil lagi sorang kawan dekat Shah Alam. 12 hb tu kami pergi panjat gunung dulu lepas tu baru patah balik checkin kat Kolumpang Resort. AKtiviti dekat Gua tempurung pun best tapi tu nanti Mz cerita kat entry yang lain ye.
tandatangan dulu borang at your own risk

Tepat pukul 9am kami dah ada kat tol tanjung malim. So reason die orang nak jmpa kat tol tu sebab tol tu terletak tengah-tengah. Water rafling buat kat 2 tempat, samaada Ulu Slim atau kuala kubu bharu. Jadi kalau korang pilih kuala kubu baru kena tunggu pagi tu baru boleh tahu samaada boleh buat dekat sana ke tak sebab kat KKB tu ada empangan kalau hujan dan air penuh baru boleh buat kat sana kalau tak die orang akan bawa kiter ke Ulu Slim. Jadinya tak semua la yang bernasib baik dapat buat kat KKB. Ramai yang nak buat rafling kat KKB ni sebab KKB ni jeram yang kedua mencabar kt Malaysia iaitu tahap 3 & 4 jeram die. kalau nak yang no 1 mencabar korang boleh pegi kat Sabah. So malam sebelum kiter orang pegi tu memang hujan lebat dan air empangan pun melimpah-limpah jadinya memang cantik la air die orang kata tapi bagi kami ni takut yaamat sebab arus sangatlah deras. Bila arus deras ni air cantik maknanya tak adalah raff korang tersekat kat celah batu. hihihi...

Korang takperlu nak ambil gambar sendiri, harga yang korang bayar tu dah termasuk die orang ambilkan gambar dengan makan,Korang cuma perlu bawa pendrive je. Video pun ada die orang ambilkan
kita naik 4 x 4 tu ke atas, kereta sendiri tinggal kat bawah nanti kiter rafling sampai kat checkpoint ni, bawah tu sungai

Brifing dulu sebelom start, cara-cara nak handle raff, cara duduk, simple comman, cara nak selamatkan diri, selamatkan orang sebelah semua die orang ajar dulu masa ni



Posing dulu sebelum start, hihihih


Ni nak naikkan semangat kiter paddle high5 dulu




sebelum menempuh jeram-jeram yang mencabar kiter kena buat self water confident dulu, masa ni dah tak boleh nak senyum sebab takut tapi yang ambil gambar ni suruh senyum gak

Gaya untuk melompat 

bersiap sedia untuk tahan nafas sebab nak tengelam

nampak helmet je tu, arus deras sangat masa ni






Dekat KKB ni ada 4 jeram so lepas 2 jeram kiter rest dulu kat air terjun ni. Die orang ada bagi biskut dengan air. So boleh rest dan ambil gambar sampai lebam
jeram terakhir ni


Hampir jauh tapi tak berjaya, kawan Mz yang depan tu je yang jatuh, yang ni memang die orang sengaja nak jatuhkan kiter

Part ni paling kelakar, kawan Mz yang tengah tu nak selamat kan diri, die dari depan, kita orang yang berdua kiri dan kanan yang kat belakang ni hampir terkeluar dari raff sebab die lompat dari depan ke belakang, aduhai 
part last sekali body floating sampai kat checkpoint kite orang park kereta tadi
bergambar dulu sebelum nak terjun buat body float 
Akhirnya sampai kat checkpoint kami berjaya, hahaha 


Selesai je water rafling ni kami pegi tukar baju dan siap-siap utk makan tengahari. Memang dah lapar time ni dah pukul 2 macam tu. Jadi kami follow kiter orang punye guider tadi pegi pekan makan kat satu kedai makan ni. Makan tengahari ni dan termasuk dalam pakej kiter bayar tu. Gambar kat kedai makan tak sempat nak ambil mungkin masa tu dah lapar kot. hihihihi. Tak jauh pun kedai makan tu dari tempat kami buat raffling tu. Lauk pun banyak pilihan dan sedap-sedap

Sementara kami makan bagi pendrive kat die orang untuk tranfer semua gambar dengan videO. Lepas makan kami terus gerak balik chalet kat Kolumpang resort yang mana 10 minit je jadi takde la penat sangat. Jadi itu saja coretan Mz. Nantikan entry seterusnya. bye.....