Assalamualaikum......
Puato village ni terletak di felda taib andak kulai Johor. Puoto Village ni dibina mula2 adalah tokong untuk penganut buddha. Cuma sekarang agak viral sebab ada juga tempat cantik2 untuk kiter ber Ootd. Disarankan korang datang hari biasa sebab tak perlu nak beratur panjang untuk ambil gambar dekat sesuatu spog tu.
Masa Mz pegi ni nak hujan jadi tak sempat nak jelajah keseluruhan taman ni. Untuk tempat yang Mz masuk ni dikenakan bayaran bagi dewasa Rm5 kanak-kanak percuma je.
Perjalanan dari bandar Johor Bahru mengambil masa lebih kurang 40 minit, tak berapa jauh la kiranya
Pintu masuk puato village
Katil tergantung kena hati - hati sebab curam sikit nak ke port katil ni
Hot spot untuk bergambar tapi sebab kami pergi hari biasa jadi tak ramai sangat orang nak beratur
Tak jauh pun nak jalan kat bahagian dalam yang berbayar ni
Buaian memang banyak, ada yang buaian single atau couple, hihihi
Posing ala ala pengantin baru
Masa ni hujan dah mula turun, ikot kan kalau turun ke bawah lagi ada lagi spot untuk ber Ootd tapi keadaan tak mengizinkan
Selepas selesai bergambar disini kami terus bertolak ke Air hitam. Tapi agak lewat juga sampai ke Air hitam jadi kami sempat beli kerepek dan shopping karpet saje sebab banyak kedai dah tutup.
Staytune untuk entry seterusnya untuk tempat menarik lagi di Johor. Adios...
Memang best dekat Putuo Village ini kan Mz. Banyak sungguh tempat nak ootd. btw, lawa2 gambar Mz. hihi
BalasPadamTq cx 😁
Padam