Isnin, 7 Disember 2020

Old Street Batu Pahat

 


Assalamualaikum.....

Korang pernah dengar tak nama tempat ni? Mz dapat tahu tempat ni masa tu penah viral juga dekat fb sebab ramai yang share. Trip ke jb ni kami singgah sekejep di old street memandangkan sehala untuk perjalanan pulang ke melaka. Jadi kami tak perlu masuk tol lagi terus guna jalan dalam.



Old streets adalah satu kompleks perniagaan dan seperti pasaraya. Dekat bahagian rooftop atau dlm bahasanye tingkat paling atas sekali bangunan ni ada tempat cantik-cantik yang die org reka untuk kite ambil gambar. Yang penting sekali free je, hihihi

Jadi korang tak perlu bayar pun kalau nak ambil gambar kat sini cuma yang game-game yang ada tu kena bayar la nanti korang kena tukar token macam biasa.

Santai-santai saje kiter kat sini, bagi Mz nice dan fun la sebabnye memang cantik sangat.

Gambar sweet - sweet satu

Main piano kejap, hihihi

Memetik lampu ditaman

Teringin kejap nak main buaian

Sweet garden ni ada satu bahagian tapi masih belom siap sepenuhnye lagi rasanye. 





Ada juga tempat makan disediakan dekat bahagian atas ni, dimana korang boleh tapaw makanan dan makan di kerusi dan meja yang disediakan.

Kedai-kedai makan pun ada juga kalau korang berhajat la nak makan kat sini. So far untuk korang yang suka bergambar dan ootd tu memang rekomen untuk datang bagi menghabiskan kodak, hihihi.... Sampai disini saje, jumpa di next entry guys.

Adios........ 

Apa Yang Menarik di Forest City JB



Assalamualaikum..... 

Forest city, jb adalah pulau buatan. Tempat ni memang cantik menarik dan tertarik. Hihihi..... Tempat yang agak baru lebih kurang setahun macam tu.

Disini kiter boleh bergambar sepuasnya dan yang paling penting free je. Parking pun free juga. Ada indoor dan outdoor sesuai untuk yang suka santai-santai je. 

Masa Mz pegi ni cuaca agak panas juga jadi tak banyak sangat gambarnye. Kalau nak pegi better lps pukul 5 sebab kurang sikit panas. 

Bergambar kat dalam bangunan 



Stair to heaven nama tangga ni, beratur panjang juga nak ambil gambar kat tangga ni sebab dah viral. 

Cantik pemandangan semulajadi kat sini



Keseluruhannya forest city ni memang tempat menarik untuk korang kunjungi bagi yang giler bergambar macam Mz. Memang sangat menarik dan cantik tempat ni. Korang yang plan bercuti ke jb nanti boleh la singgah ye....

Adios...........