Rabu, 13 Januari 2021

Percutian Dalam Negeri di Homestay Kontena Bukit Katil, Melaka

 Assalamualaikum.......

Entry kali ni Mz nak cerita pasal percutian singkat di Homestay Kontena Melaka. Disebabkan PKPB haritu kiter boleh jalan-jalan dalam negeri saje jadi kami ke sini sebab kakak2 Mz nak bawa anak2 die orang mandi manda kolam setelah sekian lama bertapa dirumah. Kami pergi masa bulan 10 haritu, sekarang dah bulan 1 baru berkesempatan nak tulis sebab tengah PKP. Jadi korang boleh baca dulu InnshaAllah nanti keadaan dah kembali stabil kiter akan dapat keluar. Tapi kalau Mz memang suka baca tempat-tempat yang bloger lain pergi rasa seronok, walaupun tak dapat pergi tetap rasa happy baca pengalaman mereka. 


Homestay ni ada 2 jenis bilik. Bilik kontena ada 1 katil Queen harga Rm160, Bilik studio ada 2 katil Queen harga Rm230. Kami ambil bilik studio sebab kami ramai. Bilik studio ni memang sangat luas, ada 2 bilik air, microwave, dapur kecil dgn disediakan juga peti ais. Banyak juga peralatan dalam bilik ni.

Kolam renang berhadapan bilik kami saje. Boleh mandi 24 jam kalau tahan. Anak2 buah Mz memang tahan sampai malam die orang mandi, kira tak rugi la.. Hihihih.. Disini juga ada disediakan basikal untuk disewa. Harga Rm10 untuk tempoh 24 jam.




Selepas checkin petangnya kami minum petang di Pantai Siring sebab kakak2 Mz belum pernah sampai lagi disini. Ksmi makan di kedai celup tepung. Harga makanan agak mahal juga bagi Mz. Mungkin sebab char kuey teow die special agaknye sebab ada udang besar 3 ekor tapi kami hanya order char kuey teow biasa mungkin tersalah agaknye tapi sekali sekala nak cuba takpe la rasanya.




Selepas minum petang kami balik semula ke homestay dan anak-anak buah Mz pun sambung balik mandi kolam. Tapi memang motif duduk dekat homestay ni untuk santai-santai dan biarkan mereka mandi kolam je pun. Kolam pun agak besar memang puas hati untuk bermandi mandi, ada gelonsor juga. Kolam kanak2 ada di bahagian belakang kontena


Kolam untuk kanak-kanak

Dinding dekat homestay ni dilukis dengan mural yang menarik 


Homestay ni pun agak cantik bagi korang yang suka berOotd ye macam Mz. Kalau rajin boleh naik sampai ke roof top kontena untuk santai dan ambil gambar.

Bagi korang yang nak datang Melaka boleh la cuba menginap disini ye. Sampai disini saje untuk entry kali ni.. 

Adios...... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan