Assalamualaikum.....
Hai kali ni Mz nak cerita tentang trip ke johor pada September lalu. Rancangan awal untuk ke Langkawi tapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.
Mz gerak dari Melaka awal pagi sebab plan nak breakfast kat kluang station. Tapi sampai sampai tutup jadi kami pegi ke cawangan yang lain dalam 10 dari stesen keretaapi tu.
Dapat ambil gambar je kat sini tanda penah sampai, hihihi
Kluang station bandar impian cawangan due lebih kurang 15 minit dari yang kat stesen keretaapi tu
Menu yang kami order, mi kari, nasi lemak, nasi goreng cina. Ada lagi satu tak sempat ambil gambar sebab sedap teruk dan wajib korang cuba roti bun kaya die.
Lepas sarapan kat kluang station ni dah alang alang di kluang kami ke kluang Street Art untuk bergambar. Lebih kurang 10 minit saje.
Ada budak tertinggal bas berlari kejar nak naik, hihihi
Selepas puas bergambar kami berehat dan melepaskan lelah serta bagi peluang kat anak anak buah Mz bermain di taman permainan yang terletak seberang jalan saje. Selepas itu kami terus bertolak ke destinasi seterusya iaitu forest city. Kalau korang mempunyai banyak masa boleh juga pergi melawat ke 'Uk Agro Farm' yang juga terdapat di Kluang tp Mz tak berkesempatan pada hari tersebut.
Perjalanan dari Kluang ke forest city, gelang patah mengambil masa 1 jam 30 minit. Jadi sampai saje di gelang patah kami makan tengahari dulu. Kami makan tengahari di restoran Mak Engku. Masa ni dah pukul 2 lebih lauk dah banyak habis tapi makanan sedap dan harga pun berpatutan.
Kedai mak engku ni sebelah kedai makan Chinese korang jangan salah masuk pulak.
Selepas kenyang dan selesai makan kami pun bertolak ke forest city, tak jauh dalam 15 minit je. Korang boleh baca kat sini
Lepas dah puas bergambar kami bertolak ke homestay di puteri habour. Puteri habour agak jauh dari bandar JB tapi disebabkan homestay nye murah Mz pun ambil la. Hanya Rm140 saje untuk apartment 2 bilik, rumah cantik dan view pun menarik
View dari balcony, dalam apartment tak sempat nak ambil gambar
Malamnya ikut tentatif kami nak ke Danga Bay tapi disebabkan agak keletihan kami hanya keluar makan di kedai tomyam yang berdekatan, makanan memang puas hati harga pun berpatutan.
Keesokannya awal pagi kami dah check out untuk bersarapan di Kacang Pool Haji. Kacang pool ni memang rekomen sangat, ni kali ke dua Mz makan kat sini.
Wajib cuba memang sedap, kacang pool daging, mi rebus, lontong darat, lagi 1 tak ada dalam gambar lontong goreng pun sedap.
Selepas sarapan kami ke Zoo Johor. Bayaran masuk ke zoo hanya rm3, persekitaran agak kurang memuaskan tapi untuk harga rm3 bagi Mz berbaloi juga untuk pegi bawa anak anak. Singa ada, harimau ada, buaya, gajah, unta, monyet, kancil dan lagi tak ingat.
Dari zoo kami teruskan perjalanan ke Desaru. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Sampai ni Bandar Penawar kami bungkus makanan saje dan terus checkin ke Bayu Balau Beach Resort.
Kami ambil bilik deluxe sebab ada promosi Rm100, ada 1 katil queen. Bilik bersih dan selesa. Tak besar sangat tapi bagi Mz harga berbaloi, kolam pun besar.
Jambatan untuk ke Desaru macam jambatan Penang kan
Tiket masuk pool untuk Bayu Balau Beach Resort
Malam kami makan malam di Bujang Firefly. Alang alang nak tengok Kelip2 kami terus makan malam disana. Tengok review ramai kata makanan sedap dan harga murah.
Selepas makan kami terus naik boat cruise untuk tengok Kelip2. Kat sini ada pakej memancing juga, korang boleh bawa joran siap2. Jangan jadi macam suami Mz dengan biras tak tertunai hajat nak memancing sebab lupa bawa joran. Tapi die orang ada sewa joran juga cuma masa tu dah habis, selamat hihihi.
Jambatan untuk ke restoran terapung
En Suami bersantai sambil silang kaki
Tip untuk datang ke bujang ni eloknya korang datang awal kerana kena tempuh jalan yang gelap dalam 2-3 km. Seram juga sebab takut salah jalan. Kami buka je waze dan berpandu waze saje. Tiket untuk dewasa Rm20 Kanak-kanak Rm15. Cruise ni besar dan selesa rasa selamat berbanding naik bot kecil masa Mz pegi di kuala Selangor. Staf sangat mesra pelanggan dan sepanjang 1 jam lebih banyak penerangan yang diberikan. Kelip2 pun ada kami dapat pegang dan letak pada tangan. Dekat Bujang firefly ni juga ada chalet, untuk kaki pancing boleh la bermalam disini boleh memancing dari pintu bilik. selesai semuanya kami pun pulang ke hotel untuk tidur perjalanan 15 minit saje.
Hari ketiga di Johor paginya kami tapaw makanan di medan selera berhadapan dengan resort. Makanan sangat murah dan sedap. makanan untuk 8 orang siap air dalam Rm50 saje. lontong goreng, mi goreng, nasi goreng, roti canai menu kami. Makanan bergoreng isi pun banyak ada 3 ekor udang besar-besar pulak tu. Gambar Mz tak sempat nak ambil dah selamat kedalam perut. hihhihi. Selepas sarapan kami mandi kolam dan checkout pukul 12 tengahari.
Buahan potong jajan untuk makan dalam kereta
Selepas checkout kami terus ke Desaru fruit farm. Desaru fruit farm ada pakej tour Rm25 seorang tapi kami tak ikut sebab masa dan tentatif kami pack. Jadi kami cuma beli buah-buahan saje disana. Dari sini kami teruskan perjalanan ke Puato Village Kulai. Boleh baca di sini Puatovillage. Perjalanan dari Desaru ke Kulai mengambil masa 1 Jam 10 minit.
Dari Puato Village kami teruskan perjalanan ke Air Hitam. NIat awal nak makan tengahari di Kari Kambing 40 hari tapi kesuntukan masa sebab masa kami gerak dah pukul 4 kedai dah tutup pukul 3. jadi kami hanya singgah makan dan solat di R&R. Kami sampai di Air Hitam pukul 7 mlm jadi banyak kedai dah tutup semapat beli kerepek sebagai buah tangan dan sejadah gebu untuk sendiri, hihihi...
Dari Air Hitam kami gerak ke Old Street Batu Pahat perjalanan mengambil masa 30 minit sahaja. Boleh baca disini Oldstreet untuk entry Old Street. Dari batu pahat kami teruskan perjalanan pulang ke Melaka mengambil masa 1 jam 30 minit ikut jalan dalam melalui Muar jadi kami tak perlu bayar tol.
Tamatlah penjalajahan 3 hari 2 malam kami di Johor yang sangat menyeronokkan nanti bila berkesempatan akan ke negeri lain pula bila keadaan mengizinkan dan pandemik COVID 19 ni selesai. Jumpa di next entry korang..
Adios......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan